Monday, January 17, 2011

income dari blogger

pada mulanya saya ingat income dari blog nie tipu.tapi bila saya buat betul-betul boleh dapat.income setakat ini yang saya perolehi lingkungan usd500.00 tue pun dengan adsense yang saya buat.

Thursday, January 13, 2011

Pembaca dan Pelanggan

Sememangnya blog bertujuan memberi maklumat kepada pembaca dan pelanggan anda.Justeru itu menarik seberapa banyak pembaca/pelanggan ke blog anda merupakan matlamat anda sekarang antara tips-tip yang saya gunakan adalah :-

l         Anda boleh mempromosikan blog anda dengan menyertai Forum/iklan berbayar/atau bertukar2 link dengan blogger yang lain.
l         Anda juga boleh menghantar artikel ke blog atau website yang menganjurkan penulisan artikel dan anda boleh meletakkan address blog anda pada artikel yang anda hantarkan.
l         Melalui Email juga dapat menarik pelawat
l         Laman sosial juga menjadi medium penting dalam mempromosi Blog anda

Banyak lagi cara anda boleh mempromosikan blog anda, dengan membuat sedikit analisis serta usaha yang lebih semestinya blog anda mempunyai nilai yang tersendiri.Sejauh mana blog anda di minati oleh pembaca/pelanggan bergantung produk/penulisan yang anda berikan.Menjadi blogger yang berkhemah dan berjaya adalah seorang yang memberikan yang terbaik kepada pelanggannya dengan usaha dari diri sendiri.

Mengujudkan Akaun Blog menggunakan Blogger.com

Setelah semua persediaan telah di laksanakan dan anda sudah bersedia untuk membuka akaun blog berikut adalah langkah membuka akaun blog.

Langkah 1

Untuk melayakkan anda membuka akaun blog, terlebih dahulu anda perlu membuka akaun Google dengan mendaftar di http://www.google.com/ dan ikut setiap step yang di berikan.

Langkah 2

Setelah anda mempunyai akaun Google dan boleh terus mendaftar sebagai blogger di http://www.blogger.com/ dan ikut setiap step yang diberikan.Anda tidak perlu bimbang dengan template yang telah disediakan kerana anda boleh menukar template yang lebih anda gemari setelah selesai proses pendaftaran blog anda.

Langkah 3

Sekarang anda telah memiliki blog anda sendiri dan boleh mengemaskininya.Pilih template yang sesuai dengan konsep blog anda.Pastikan ia tidak terlalu sarat dengan aplikasi tambahan.Pastikan matlamat “Keyword” anda tercapai dengan meletakkannya jelas dalam tajuk blog anda.Address pada blog anda juga memainkan peranan bagi membolehkan “Enjin Carian” menjalankan tugasnya.Sekarang anda boleh menghantar seberapa banyak maklumat berkaitan dengan blog anda.

Blog Boleh Menjana Pendapatan

Masa kini blog menjadi medium perantara yang berkesan di internet,Blog sering digunakan untuk tujuan meluahkan perasaan,aktiviti juga sumber pendapatan.Ramai yang telah menjadikan blog mereka anatara yang berjaya sama ada dalam bidang perniagaan mahu pun keterampilan seseorang. Bagi pembaca yang ingin menjadi seorang blogger berjaya anda perlu mempersiapkan dengan beberapa kertas kerja ringkas bertujuan menjadikan blog anda antara blog yang terbaik dan berjaya antara isi kandungan yang anda boleh anda muatkan dalam kertas kerja anda itu adalah :-

l         Konsep/tujuan Blog
Konsep blog yang anda  ingin bina adalah bergantung kepada tujuan dasar pembinaan sesuatu blog contohnya : Blog untuk Perniagaan,Peribadi atau pun Perkongsian Maklumat.

l         “Keyword” ataupun kata kunci
Keyword memainkan peranan penting dalam menjadikan blog anda lebih berkualiti dan berjaya pastikan juga keyword yang anda letak berkait rapat dengan bahan yang terkandung dalam blog anda.Keyword juga memain peranan yang penting dalam “enjin carian”

l         Bahan/artikel blog
Setelah anda memastikan konsep dan keyword yang sesuai untuk blog anda,anda perlu memikiran bahan/artikel untuk blog anda sebagai contoh : Blog konsep Perniagaan keyword “Usahawan Tempe” bahan dan artikel anda  boleh menulis sendiri kerana ia lebih meninggalkan kesan kepada pembaca contohnya kelebihan tempe buatan anda, harga pasaran, gambar produk anda dan sebagainya sebagai maklumat yang boleh anda berikan kepada pembaca.

l         Design Blog
Terlalu banyak template yang boleh anda pilih untuk blog anda pada masa kini sama ada secara PERCUMA atau BERBAYAR semua bergantung pada anda sendiri berikut adalah contoh kertas kerja secara peta minda yang lebih mudah di fahami.